Sunday, October 10, 2010

Dugaan

Aku kenal ayah aku sebagai seorang yang kuat, independent dan lasak. Hampir semua benda dia boleh buat. Berbeza dengan aku. Lembik, fragile, tak pandai buat kerja, dan selalu minta tolong orang lain. Ayah jenisnya seorang yang sihat, dia jarang mengadu sakit. Alhamdulillah, semakin dia berumur, masih lagi dia bebas dari penyakit.

Sudah masuk hampir 2 minggu sejak insiden yang menimpa ayah aku. Rasa terkejut, hairan, dan pelik masih lagi bermain. Aku tak tahu apa sebenarnya yang dah jadi. Pagi isnin, 27 September yang lalu, aku dikejutkan dengan satu sms mengatakan ayah aku telah dimasukkan ke wad kecemasan, Hospital Selayang. 

Aku terkesima. Ayah masuk hospital? Apa dah jadi? Hmm. Korek cerita punya korek, orang kata ada driver bas sekolah terjumpa ayah aku terbaring atas jalan, kepala berdarah tak sedarkan diri. Okay, tadi aku dah mention yang aku ni jenisnya lembik dan fragile kan? So semua  boleh bayangkan tak apa perasaan aku bila dapat tahu pasal ni?

Melihat ayah terbaring di atas katil dengan kepala dan kaki bertampal, hati aku bergolak. Padahal ayah steady je tidur berdengkur. Haha. Hanyir bau darah di baju ayah memang kuat. Sampai nurse nurse cerdik dalam wad kena sound dengan ketua nurse, yang juga kawan rapat ayah. Dah kena sound setepek, baru pandai hulur baju hospital. Tak cukup dengan cerdik, rajin juga tu. Darah di kepala ayah pun ketua jururawat yang tolong bersihkan! Apa punya bengap lah nurse zaman sekarang? Ke, nurse bengap boleh jumpa dalam Hospital Selayang je?

Ayah terkulai layu. Mungkin kesan dari jatuh, banyak hilang darah buat dia pening agaknya Aku, kakak dan Fayyadh cuma tengok dari jauh. Hati ayah punya lah kental. Air atas meja langsung tak diusik. Bila dioffer, baru dia minum. Mungkin dia nak kita layan dia, dia nak bermanja sesekali. Sekental hati dia, dalam tu masih ada lagi soft spot. Cuma dia tak nak tunjuk depan anak dan cucu dia. Haha.

Alhamdulillah, sekarang ayah makin pulih. Luka jahitan pun dah dibuang. Lebam pun dah kurang birunya. Dia pun dah mulakan rutin harian ke tempat kerja dan masjid. Cuma sekarang dia rock sikit la sebab dah tua tua baru ada kesan parut kat muka. Hehe. Saudara mara dan kawan sekalian, terima kasih kerana memberi sokongan, dan doa yang tak putus. Hanya Tuhan saja dapat membalas jasa baik kalian semua. 

InsyaAllah